Sistem e-Perjawatan LUAS

Sistem Permohonan Jawatan Kosong Atas Talian Lembaga Urus Air Selangor (e-Perjawatan LUAS)



1) Anda hendaklah mendaftar masuk sebelum memulakan proses permohonan. Satu No Kad Pengenalan hanya sah untuk satu pendaftaran sahaja.

2) Anda *DIWAJIBKAN membuat Pendaftaran akaun e-Perjawatan terlebih dahulu sebelum membuat pembelian No.Pin secara Tunai di Kaunter LUAS .

3) Pembayaran akan dikenakan sebanyak RM10 ( SATU JAWATAN) bagi pembelian no pin untuk meneruskan proses permohonan jawatan kosong. No.Pin akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan setelah pengesahan pembayaran telah dibuat. PEMBAYARAN YANG DIBUAT SEBELUM 4.30 PETANG AKAN DIPROSES PADA HARI YANG SAMA DAN JIKA PEMBAYARAN DIBUAT DILUAR WAKTU BEKERJA TERMASUK CUTI HARI MINGGU ATAU CUTI UMUM AKAN DIBUAT PADA HARI BEKERJA SETERUSNYA.

4) Sila Pastikan No Kad Pengenalan dan Alamat email yang dimasukkan semasa Pendaftaran adalah BETUL.



SENARAI JAWATAN KOSONG

# Jawatan Jenis Lantikan Kekosongan Tarikh Tutup


Tiada Iklan Jawatan Kosong Buat Masa Ini

PERKARA AM

1) Pemohon WAJIB memuatnaik dokumen-dokumen yang telah disenaraikan didalam Sistem e-Perjawatan bahagian Lampiran Maklumat Peribadi .

2) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

3) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

4) Hanya calon yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga dan dimohon untuk membawa dokumen-dokumen asal seperti Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil atau bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia, Sijil Kelulusan Persekolahan, Sijil Tamat Persekolahan, Ijazah/ Diploma dan transkrip/ Surat Pengesahan Kelulusan Akhir Peperiksaan daripada pusat-pusat pengajian, Sijil-sijil lain yang berkaitan dengan jawatan serta Sijil kegiatan luar.

5) Pegawai-Pegawai Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan mengemukakan sesalinan rekod Kenyataan Perkhidmatan (Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan ; BRP) yang terkini dan salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang disahkan.

6) Calon hendaklah menghantar sesalinan permohonan yang lengkap dicetak melalui laman web https://eperjawatan.luas.gov.my dan dokumen-dokumen sokongan seperti di perenggan empat (4) dan lima (5) kepada Unit Pengurusan Sumber Manusia LUAS pada atau sebelum tarikh tutup permohonan ke alamat seperti bawah :

Pengarah,
Lembaga Urus Air Selangor,
Tingkat 13, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

7) Keputusan Permohonan e-perjawatan boleh dibuat dengan 2 cara iaitu ;

      a) Semakan secara dalam talian (online) https://eperjawatan.luas.gov.my . Log masuk dan klik 'semak permohonan' .
      b) Semakan secara aplikasi mobile eperjawatan iaitu dengan Muat turun di .