Sistem Permohonan Jawatan Kosong Atas Talian Lembaga Urus Air Selangor (e-Perjawatan LUAS)
1.
Bagaimana memohon jawatan dalam Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Pihak Berkuasa Tempatan?
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui laman web https://eperjawatan.luas.gov.my Sila rujuk 'manual pengguna' yang disediakan dalam talian.
2.
Adakah Pemohon akan dikenakan bayaran?
Ya. Setiap Pemohon perlu membeli No.Pin yang berharga RM10 bagi setiap jawatan. Pembayaran boleh dilakukan secara Tunai di Kaunter LUAS atau secara atas talian.
3.
Adakah calon perlu mendaftar semula sekiranya ada jawatan kosong diiklankan melalui sistem e-Perjawatan ?
Tidak. Pemohon boleh meneruskan permohonan jawatan kosong setelah pengesahan pembayaran telah dibuat.Pemohon hanya perlu log masuk dan menghantar perakuan permohonan untuk setiap jawatan yang dipohon.
4.
Apakah yang pemohon perlu lakukan sekiranya terlupa kata laluan Sistem e-Perjawatan?
Sila klik butang 'Lupa Kata Laluan' dan masukkan Alamat Emel. Seterusnya klik butang 'Hantar'. Link untuk reset Kata laluan baru akan diemelkan terus kepada pemohon ke alamat emel yang didaftarkan.
5.
Adakah pemohon perlu mengemukakan salinan sijil/dokumen yang telah disahkan sekiranya memohon secara atas talian (online)?
Ya. Pemohon boleh memuat naik salinan sijil/dokumen di ruangan yang disedikan di dalam sistem e-Perjawtan. Pemohon perlu membawa sijil/dokumen ASAL sekiranya dipanggil untuk menghadiri temuduga.
6.
Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima tidak akan dilayan.